Monday, August 31, 2015

Salam Kemerdekaan...

Assalammualaikum...

Alhamdullillah...Syukur ke hadrat Illahi atas limpah kurnia-Nya kita masih bernafas dan diberi kesempatan untuk menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-58...Jika umur manusia, 58 tahun boleh dikategorikan sebagai veteran dan dipenuhi pengalaman namun bagi sebuah negara, 58 tahun masih dikira terlalu muda...Masih banyak yang perlu dipelajari dalam usaha menjadi sebuah negara yang hebat dan disegani oleh negara-negara lain di dunia...

Namun persoalannya ialah apakah kita faham dan mengerti hakikat sebenar sebuah kemerdekaan...???Apakah pengertian kemerdekaan bagi kita hanyalah bebas dari cengkaman penjajah semata-mata...???Atau terdapat aspek-aspek lain yang perlu kita pertimbangkan dalam kita mengetahui hakikat sebenar sebuah kemerdekaan...???

Kebebasan atau kemerdekaan sebenar ialah kita bebas bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga bebas daripada jajahan minda oleh anasir-anasir yang tidak elok yang cuba menjajah pemikiran kita...Walaupun mungkin tubuh badan kita bebas tetapi masih banyak golongan di dalam masyarakat kita yang mindanya masih terjajah oleh idelogi barat yang sememangnya sentiasa mencari cara meracuni minda masyarakat kita...

Jika hendak dihuraikan satu-persatu, terlalu banyak yang hendak diceritakan...Apa yang penting sentiasa meletakkan agama di tempat utama sebelum kita melakukan sesuatu...Jadikan agama kita sebagai panduan agar kita tidak tersasar daripada landasan kehidupan yang sentiasa berliku dengan pelbagai dugaan dan cabaran...Jika kita sentiasa menjadi hamba-Nya yang taat, insya Allah itulah kemerdekaan yang sebenar yang akan menjadikan kita bebas dan merdeka bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak...

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan buat semua warga Malaysia...

Wassalam...

Thursday, August 20, 2015

Guna Kebijaksanaan Dengan Bijak...

Assalammualaikum...

Bunyi tajuk kali ini macam pelik pun ada..."Guna Kebijaksanaan Dengan Bijak", memang pelik bin ajaib sedikit bunyinya...

Manusia yang dilahirkan dengan memiliki kebijaksanaan yang lebih daripada orang lain sememangnya ramai di dunia ini...Mereka dilahirkan dengan pemikiran yang lebih tajam dan mempunyai minda yang lebih baik jika dibandingkan dengan yang lain...

Namun begitu, tidak ramai yang boleh menggunakan kebijaksanaan yang dikurniakan Allah dengan bijak...Malahan ada yang menyalahgunakan kebijaksanaan mereka ke jalan yang tidak elok...Contohnya bijak dalam mengatur pelan untuk melakukan rompakan, bijak melakukan penipuan dan bijak mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain...Semua itu merupakan ciri-ciri kebijaksanaan manusia tetapi digunakan dengan cara yang salah...

Seharusnya, kurniaan akal yang bijak digunakan sebaik yang mungkin untuk manfaat bukan sahaja diri sendiri tetapi juga untuk manfaat dan kebaikan manusia sejagat...Contohnya mereka yang bijak dalam bidang perubatan menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menghasilkan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit yang dewasa ini sudah semakin banyak dan semakin berbahaya...Bagi yang bijak di dalam bidang lain pula mereka boleh menggunakan kepandaian mereka dengan cara yang betul...

Hargailah kebolehan yang ada pada diri dan gunakanlah ia dengan sebaik yang mungkin...Jangan sia-siakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya itu dan jangan sesekali disalah gunakan...Kelak kita sendiri juga yang menyesal...

Manusia Dan Duit...

Assalammualaikum...

Di dalam hidup kita seharian, ada persamaan keinginan iaitu untuk mencari harta sebanyak yang mungkin masa masih terdaya...Namun bukan semua begitu, ada juga yang mencari harta untuk meneruskan kesinambungan hidup semata dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada...

Ada jua yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana tiada kemampuan untuk mencari harta yang banyak dan tak kurang jua yang mengharapkan ihsan daripada insan lain untuk meneruskan kehidupan...

Ada yang sebenarnya mempunyai sumber kewangan yang kukuh, yang mampu untuk menanggung kehidupan seharian tetapi memilih untuk berhutang sana-sini...Mengapa perkara ini terjadi...???Semuanya kerana terlalu mengikutkan kata hati yang memilih untuk berbelanja melebihi kemampuan dan hidup mewah serta boros berbelanja untuk sesuatu yang hakikatnya langsung tidak perlu...

Sebagai contoh barangan seperti telefon pintar...Ada yang sanggup berhutang dan mengikat perut semata-mata untuk memiliki telefon pintar yang lebih canggih dan mahal harganya walaupun sebenarnya dirinya sudahpun memiliki sebuah telefon pintar...Bagi mereka asalkan dapat bergaya dengan telefon mahal walaupun terpaksa berhutang, tidak menjadi masalah walaupun terpaksa berhutang untuk jangka masa yang lama...

Seharusnya sebagai hamba Allah yang diberikan oleh-Nya akal fikiran, kita harus tahu dan bijak untuk membahagikan antara keperluan dan keinginan...Utamakan keperluan terlebih dahulu sebelum kita membeli barangan yang bukan keperluan tetapi kita inginkan...Andai ada lebih duit selepas kita membeli barangan keperluan, barulah kita membeli barangan keinginan atau kemewahan agar kita tidak perlu berhutang atas sebab-sebab yang tidak perlu...

Bukanlah maksudnya kita tidak boleh berhutang kerana dalam kehidupan dewasa ini yang barangan semuanya mahal belaka, pasti ada yang terpaksa berhutang untuk memiliki sesuatu, contohnya untuk membeli rumah atau kereta yang sememangnya suatu keperluan untuk berlindung dan bergerak...Akan tetapi biarlah untuk sesuatu yang penting dan bukanlah berhutang hanya untuk menunjukkan yang hidup kita mewah walaupun hakikat sebenar adalah sebaliknya...Jangan sesekali hidup dengan falsafah biar papa asal bergaya kerana ianya boleh memakan diri...

Apa yang penting, sentiasa bijak menguruskan soal kewangan agar kita tidak perlu untuk hidup dalam kesempitan hidup akibat keborosan kita atas sesuatu yang tidak perlu...

Wassalam...

Monday, August 10, 2015

Bila Bosan Melanda Diri...

Assalammualaikum...

Nampak gaya dah berdebu blog ni akibat terlalu lama tak di update...hihihi...Sebenarnya bukanlah kerana terlampau sibuk tetapi idea untuk update blog ni tiada di samping kemalasan diri untuk menulis yang sering melanda diri saat ada kelapangan...hihihi...

Malam ini walaupun tiada idea tetapi dikuatkan juga kemahuan diri untuk menulis setakat yang mampu...Akibat terlalu lama tidak menulis,nampak gaya kebanyakan ayat yang keluar hanyalah merapu dan tiada sebarang makna...hihihi...

Rasanya itu sahaja yang dapat ditulis setakat ini...Insya Allah di lain kesempatan saya akan meneruskan kemerapuan (penyalahgunaan bahasa yang jelas lagi terang...hahaha...) saya di blog ini dan semoga idea yang bakal datang nanti umpama coklat yang mencurah-curah jatuh ke ladang gandum dan sawah padi yang hijau umpama lampu isyarat di hadapan pintu masuk Unimas Kampus Barat...Insya Allah...

Wassalam...