Monday, August 31, 2015

Salam Kemerdekaan...

Assalammualaikum...

Alhamdullillah...Syukur ke hadrat Illahi atas limpah kurnia-Nya kita masih bernafas dan diberi kesempatan untuk menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-58...Jika umur manusia, 58 tahun boleh dikategorikan sebagai veteran dan dipenuhi pengalaman namun bagi sebuah negara, 58 tahun masih dikira terlalu muda...Masih banyak yang perlu dipelajari dalam usaha menjadi sebuah negara yang hebat dan disegani oleh negara-negara lain di dunia...

Namun persoalannya ialah apakah kita faham dan mengerti hakikat sebenar sebuah kemerdekaan...???Apakah pengertian kemerdekaan bagi kita hanyalah bebas dari cengkaman penjajah semata-mata...???Atau terdapat aspek-aspek lain yang perlu kita pertimbangkan dalam kita mengetahui hakikat sebenar sebuah kemerdekaan...???

Kebebasan atau kemerdekaan sebenar ialah kita bebas bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga bebas daripada jajahan minda oleh anasir-anasir yang tidak elok yang cuba menjajah pemikiran kita...Walaupun mungkin tubuh badan kita bebas tetapi masih banyak golongan di dalam masyarakat kita yang mindanya masih terjajah oleh idelogi barat yang sememangnya sentiasa mencari cara meracuni minda masyarakat kita...

Jika hendak dihuraikan satu-persatu, terlalu banyak yang hendak diceritakan...Apa yang penting sentiasa meletakkan agama di tempat utama sebelum kita melakukan sesuatu...Jadikan agama kita sebagai panduan agar kita tidak tersasar daripada landasan kehidupan yang sentiasa berliku dengan pelbagai dugaan dan cabaran...Jika kita sentiasa menjadi hamba-Nya yang taat, insya Allah itulah kemerdekaan yang sebenar yang akan menjadikan kita bebas dan merdeka bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak...

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan buat semua warga Malaysia...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment