Monday, December 28, 2015

Manusia dan Masalah...

Assalammualaikum...

Kehidupan kita sebagai manusia tidak akan pernah lari daripada masalah tidak kira siapapun kita...Miskin, kaya atau sederhana kehidupan kita, kita pasti mempunyai masalah tetapi dalam kapasiti yang berbeza...

Orang kaya masalah mereka mungkin ialah macam mana caranya mereka nak tambah kekayaan atau mungkin masalah macam mana nak pastikan kekayaan mereka tidak diambil oleh orang lain...Maklum sahaja untuk menjadi kaya bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan usaha yg bukan sedikit...

Orang miskin pula sudah pasti masalah utama mereka ialah bagaimana untuk mendapatkan duit bagi meneruskan kesinambungan hidup...Ditambah pula dengan harga barangan yang semakin hari semakin mahal, pasti menyukarkan lagi golongan mereka yang tidak mampu ini...

Setiap masalah yang berlaku di dalam kehidupan kita sama ada kecil ataupun besar, semuanya adalah ujian Allah untuk menguji setebal mana keimanan kita kepada-Nya...Allah tidak akan pernah menguji manusia dengan ujian yang manusia tidak mampu hadapi...Setiap ujian yang Allah turunkan sesuai dengan kemampuan kita untuk kita hadapi dan terpulang pada kebijaksanaan kita untuk mengatasinya...

Apa yang penting sentiasa ingat bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang kita tidak ketahui...Jangan pernah mengeluh saat kita diuji oleh Yang Maha Kuasa...Gunakan otak yang dikurniakan oleh-Nya untuk mencari jalan penyelesaian dan insya Allah kita pasti akan dapat melalui setiap masalah dengan tenang...

Wassalam...

Friday, September 11, 2015

Hargailah Insan Di Sekelilingmu...

Assalammualaikum...

12 September 2015, tahap jerebu di Kota Samarahan tempat kelahiran diri ini masih lagi di tahap tidak sihat...Dengan tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) hampir 200, pastinya boleh menyesakkan dada di samping membataskan tahap penglihatan ini...

Namun apa yang saya hendak coretkan pada kali ini sebenarnya tiada kaitan pun dengan jerebu...Sengaja intro lari sedikit dari tajuk untuk menambahkan unsur pemanjangan penulisan ini...hihihi...Hakikatnya apa yang saya hendak tulis kali ini adalah mengenai adakah kita menghargai setiap insan yang berada di sekeliling kita ataupun kita tidak ambil peduli pun tentang mereka, asalkan kita bahagia...???

Keluarga, sahabat dan rakan memainkan peranan yang penting dalam membentuk siapa diri kita...Memang kita sendiri yang membuat keputusan untuk menjadi siapa diri kita kini tetapi jika tidak banyak sekalipun, walaupun sedikit, kita ada dipengaruhi oleh mereka yang rapat dengan kita...

Contohnya anak seorang pemain bola sepak cenderung untuk memilih menjadi pemain bolasepak juga kerana dipengaruhi oleh persekitaran yang sebegitu...Sejak kecil beliau melihat ayahnya bermain bolasepak, akhirnya mencambahkan minat dalam dirinya untuk menyukai sukan tersebut...Kita mungkin akan dipengaruhi oleh siapa yang berada di sekeliling kita...

Mereka ini hakikatnya amat penting di dalam kehidupan kita...Setiap detik bersama mereka haruslah digunakan dengan sebaik yang mungkin...Jangan membuang masa untuk membenci kerana kita tidak akan tahu bila Malaikat Izrail akan datang untuk menjemput kita "pulang"...Sayangilah setiap mereka yang berada di sekeliling kita dan bantulah setakat yang kita mampu andai mereka menghadapi kesusahan...Tegurlah saat mereka melakukan kesalahan tetapi jangan sesekali membuka aib mereka...Tegurlah dengan bijaksana...Biar mereka tahu yang kita menyayangi mereka...

Jangan nanti apabila kita sudah kehilangan mereka, barulah kita hendak menyesal...Ketika itu andai kita menangis air mata darah sekalipun, sudah tiada gunanya lagi...Gunakan kesempatan yang diberi sebaik mungkin dan jangan pernah disiakan peluang bersama begitu sahaja atau kita mungkin akan menyesal di kemudian hari...

Sekian dulu coretan saya kali ini...Insya Allah panjang umur kita berjumpa lagi...

Monday, August 31, 2015

Salam Kemerdekaan...

Assalammualaikum...

Alhamdullillah...Syukur ke hadrat Illahi atas limpah kurnia-Nya kita masih bernafas dan diberi kesempatan untuk menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-58...Jika umur manusia, 58 tahun boleh dikategorikan sebagai veteran dan dipenuhi pengalaman namun bagi sebuah negara, 58 tahun masih dikira terlalu muda...Masih banyak yang perlu dipelajari dalam usaha menjadi sebuah negara yang hebat dan disegani oleh negara-negara lain di dunia...

Namun persoalannya ialah apakah kita faham dan mengerti hakikat sebenar sebuah kemerdekaan...???Apakah pengertian kemerdekaan bagi kita hanyalah bebas dari cengkaman penjajah semata-mata...???Atau terdapat aspek-aspek lain yang perlu kita pertimbangkan dalam kita mengetahui hakikat sebenar sebuah kemerdekaan...???

Kebebasan atau kemerdekaan sebenar ialah kita bebas bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga bebas daripada jajahan minda oleh anasir-anasir yang tidak elok yang cuba menjajah pemikiran kita...Walaupun mungkin tubuh badan kita bebas tetapi masih banyak golongan di dalam masyarakat kita yang mindanya masih terjajah oleh idelogi barat yang sememangnya sentiasa mencari cara meracuni minda masyarakat kita...

Jika hendak dihuraikan satu-persatu, terlalu banyak yang hendak diceritakan...Apa yang penting sentiasa meletakkan agama di tempat utama sebelum kita melakukan sesuatu...Jadikan agama kita sebagai panduan agar kita tidak tersasar daripada landasan kehidupan yang sentiasa berliku dengan pelbagai dugaan dan cabaran...Jika kita sentiasa menjadi hamba-Nya yang taat, insya Allah itulah kemerdekaan yang sebenar yang akan menjadikan kita bebas dan merdeka bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak...

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan buat semua warga Malaysia...

Wassalam...

Thursday, August 20, 2015

Guna Kebijaksanaan Dengan Bijak...

Assalammualaikum...

Bunyi tajuk kali ini macam pelik pun ada..."Guna Kebijaksanaan Dengan Bijak", memang pelik bin ajaib sedikit bunyinya...

Manusia yang dilahirkan dengan memiliki kebijaksanaan yang lebih daripada orang lain sememangnya ramai di dunia ini...Mereka dilahirkan dengan pemikiran yang lebih tajam dan mempunyai minda yang lebih baik jika dibandingkan dengan yang lain...

Namun begitu, tidak ramai yang boleh menggunakan kebijaksanaan yang dikurniakan Allah dengan bijak...Malahan ada yang menyalahgunakan kebijaksanaan mereka ke jalan yang tidak elok...Contohnya bijak dalam mengatur pelan untuk melakukan rompakan, bijak melakukan penipuan dan bijak mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain...Semua itu merupakan ciri-ciri kebijaksanaan manusia tetapi digunakan dengan cara yang salah...

Seharusnya, kurniaan akal yang bijak digunakan sebaik yang mungkin untuk manfaat bukan sahaja diri sendiri tetapi juga untuk manfaat dan kebaikan manusia sejagat...Contohnya mereka yang bijak dalam bidang perubatan menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menghasilkan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit yang dewasa ini sudah semakin banyak dan semakin berbahaya...Bagi yang bijak di dalam bidang lain pula mereka boleh menggunakan kepandaian mereka dengan cara yang betul...

Hargailah kebolehan yang ada pada diri dan gunakanlah ia dengan sebaik yang mungkin...Jangan sia-siakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya itu dan jangan sesekali disalah gunakan...Kelak kita sendiri juga yang menyesal...

Manusia Dan Duit...

Assalammualaikum...

Di dalam hidup kita seharian, ada persamaan keinginan iaitu untuk mencari harta sebanyak yang mungkin masa masih terdaya...Namun bukan semua begitu, ada juga yang mencari harta untuk meneruskan kesinambungan hidup semata dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada...

Ada jua yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana tiada kemampuan untuk mencari harta yang banyak dan tak kurang jua yang mengharapkan ihsan daripada insan lain untuk meneruskan kehidupan...

Ada yang sebenarnya mempunyai sumber kewangan yang kukuh, yang mampu untuk menanggung kehidupan seharian tetapi memilih untuk berhutang sana-sini...Mengapa perkara ini terjadi...???Semuanya kerana terlalu mengikutkan kata hati yang memilih untuk berbelanja melebihi kemampuan dan hidup mewah serta boros berbelanja untuk sesuatu yang hakikatnya langsung tidak perlu...

Sebagai contoh barangan seperti telefon pintar...Ada yang sanggup berhutang dan mengikat perut semata-mata untuk memiliki telefon pintar yang lebih canggih dan mahal harganya walaupun sebenarnya dirinya sudahpun memiliki sebuah telefon pintar...Bagi mereka asalkan dapat bergaya dengan telefon mahal walaupun terpaksa berhutang, tidak menjadi masalah walaupun terpaksa berhutang untuk jangka masa yang lama...

Seharusnya sebagai hamba Allah yang diberikan oleh-Nya akal fikiran, kita harus tahu dan bijak untuk membahagikan antara keperluan dan keinginan...Utamakan keperluan terlebih dahulu sebelum kita membeli barangan yang bukan keperluan tetapi kita inginkan...Andai ada lebih duit selepas kita membeli barangan keperluan, barulah kita membeli barangan keinginan atau kemewahan agar kita tidak perlu berhutang atas sebab-sebab yang tidak perlu...

Bukanlah maksudnya kita tidak boleh berhutang kerana dalam kehidupan dewasa ini yang barangan semuanya mahal belaka, pasti ada yang terpaksa berhutang untuk memiliki sesuatu, contohnya untuk membeli rumah atau kereta yang sememangnya suatu keperluan untuk berlindung dan bergerak...Akan tetapi biarlah untuk sesuatu yang penting dan bukanlah berhutang hanya untuk menunjukkan yang hidup kita mewah walaupun hakikat sebenar adalah sebaliknya...Jangan sesekali hidup dengan falsafah biar papa asal bergaya kerana ianya boleh memakan diri...

Apa yang penting, sentiasa bijak menguruskan soal kewangan agar kita tidak perlu untuk hidup dalam kesempitan hidup akibat keborosan kita atas sesuatu yang tidak perlu...

Wassalam...

Monday, August 10, 2015

Bila Bosan Melanda Diri...

Assalammualaikum...

Nampak gaya dah berdebu blog ni akibat terlalu lama tak di update...hihihi...Sebenarnya bukanlah kerana terlampau sibuk tetapi idea untuk update blog ni tiada di samping kemalasan diri untuk menulis yang sering melanda diri saat ada kelapangan...hihihi...

Malam ini walaupun tiada idea tetapi dikuatkan juga kemahuan diri untuk menulis setakat yang mampu...Akibat terlalu lama tidak menulis,nampak gaya kebanyakan ayat yang keluar hanyalah merapu dan tiada sebarang makna...hihihi...

Rasanya itu sahaja yang dapat ditulis setakat ini...Insya Allah di lain kesempatan saya akan meneruskan kemerapuan (penyalahgunaan bahasa yang jelas lagi terang...hahaha...) saya di blog ini dan semoga idea yang bakal datang nanti umpama coklat yang mencurah-curah jatuh ke ladang gandum dan sawah padi yang hijau umpama lampu isyarat di hadapan pintu masuk Unimas Kampus Barat...Insya Allah...

Wassalam...

Saturday, May 9, 2015

Pengubat Kala Duka...

Assalammualaikum...

Lama betul dah tak update blog ni...Rasanya dah 8 kurun tak kena update...Syukur alhamdullillah masih diberi kesempatan untuk merapu dan mengerepak kalau ikut bahasa Sarawak...

Setiap makhluk Allah yang bernama manusia pasti mempunyai masalah...Bukan sahaja manusia, bahkan haiwan pun ada masalah...Ikan ada masalah, ayam ada masalah, lembu pun sama, banyak masalah yang difikirkan tetapi tidak tahu bagaimana untuk diluahkan atau dikongsikan dengan kita manusia...

Tapi setiap masalah ada jalan penyelesaian dan sesuai dengan kemampuan kita sebagai makhluk-Nya...Tiada masalah yang tak mampu diatasi jika kita bijak menggunakan akal yang digunakan...Yang penting jangan pernah putus asa...

Bagi saya pula, saat bersama anak-anak istimewa merupakan salah satu ruang dan masa untuk saya melakukan terapi minda terhadap diri saya sendiri...Hilang segala masalah bila melihat anak-anak ini...Biarpun mereka serba kekurangan, tetapi mereka tidak pernah mengeluh dengan kekurangan diri mereka...Mereka cuba hidup dalam dunia dimana manusia sangat mementingkan kesempurnaan...

Sebagai manusia normal saya merasa diri amat kerdil kerana ada kalanya kita tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada kita malahan berapa banyak yang merasakan hidup mereka serba kekurangan hanya kerana kesempitan hidup...Sedangkan anak-anak istimewa ini dilahirkan tidak sempurna tetapi tidak pernah menjadikan kekurangan tersebut suatu halangan untuk diri mereka menjadi manusia yang berguna...

Belajarlah untuk bersyukur walaupun atas perkara kecil kerana kita perlu ingat ada insan lain yang lebih teruk hidupnya jika hendak dibandingkan dengan kita...

Wassalam...

Sunday, March 1, 2015

Buat Anak-Anak Sarawak...


Assalammualaikum...

Entry kali tuk aku sik akan nulis berdasarkan apo yang aku nak tulis tapi aku ambik tulisan kawanku...Jangan bingung, aku dah mintak izin ngan tuan empun badan...hehehe...Tuk apo yang telah ditulis oleh kawan baitku, Tuan Jamal Haji Ismuni yang aku raso amat bagus untuk santapan semuo warga Sarawak umumnye dan warga Nyundong khas ey...Selamat menikmati ujung minggu...

"Kita gago dan bego bila orang ngambo kata nista ngata orang kita duduk atas pokok dan kenderaan kita kononnya makei perauk. Sik da hal pok. Biar orang nganok kita mundur, tapi jangan utak kita kendur. 

Kita ngereco orang sinun ngambik harta negeri tercinta. Aku sik nafi mungkin ada bena nya. Tapi adakah mun sidak sik ngambik harta negeri lalu kita akan jadi kaya dan berjaya? Walhal mun dirik empun sik mok berubah dan berusaha ni apat nak ngubah nasib dirik. Sedang tanah sebidang maok dijual, setegal tanah kita berperang sama dirik dengan adik beradik.

Kita perlu bego bila anak bangsa Melayu kita neguk tuak. Masok kedei 4D toto ngepok nasib.

Kita perlu manas bila anak bangsa kita duduk melepak siang malam main ngorak olo depan rumah tapi mak bapak sik kesah. Nok dipadah urang luar kita gago, nok rusak depan mata kita bertapok sik mok gago.

Belum lagik soal bangsa lain berniaga tempat kita. Macam-macam dianok kita. Sedang bangsa kedirik mayar gaji minimum dengan anak bangsa dirikpun sik mok ngekot gaji minimum lapan ratus. Masih ada lagik makan gaji limak belas ringgit sehari. Siapa nindas siapa?

Bukan kedak ya cara kita urang Sarawak. Kita bangsa pahlawan, bukan anak haruan yang mala dimakan oleh mak dirik empun. Udah-udah kita nyalah urang, bukak mata ubah nasib bangsa kita. "

Jamal Ismuni

Anak Sarawak di perantauan

Wassalam...

Saturday, February 14, 2015

Jangan Memaksa Andai Orang Tak Sudi...

Assalammualaikum...

Kali ini saya ingin menulis mengenai mereka yang suka memaksa walaupun orang tidak sudi...Tapi cerita ini bukan mengenai kisah cinta ya kawan-kawan tetapi mengenai kawan yang tidak faham bahasa walaupun bahasa yang digunakan merupakan bahasa paling "simple"...

Kisah yang saya nak ceritakan adalah apa yang sering berlaku apabila kawan kita menceburi sesuatu perniagaan berbentuk "Multi Level Marketing" (MLM)...Rasanya MLM bukanlah sesuatu yang asing di kalangan kita malah mungkin ramai antara kita yang menyertainya...Jadi saya tak akan menerangkan apa itu MLM dengan lebih lanjut kerana kita di Malaysia sudah terlalu biasa dengan perniagaan berbentuk MLM...

Saya sejujurnya tiada masalah jika sesiapa sahaja berminat menyertai MLM kerana itu merupakan hak masing-masing...Namun mesti ramai yang mengalami masalah yang sama yang saya hadapi iaitu kawan mengajak kita menyertai perniagaan tersebut untuk menjadi "downline" mereka dan ada kalanya sehingga ke tahap memaksa walaupun kita sudah menolak dengan cara yang baik...Sudah pasti ketika itu kita merasa menyampah kerana kita langsung tidak berminat akan perniagaan tersebut...

Bagi saya, cukuplah sekali kita mengajak rakan untuk menyertai kita...Jika kawan tersebut tidak menunjukkan reaksi yang positif, berhentilah...Tidak perlu diajak berulang kali dan dipaksa jika orang sudah tak sudi...

Ini kerana ada kawan yang tidak sampai hati untuk menolak terus demi menjaga hati kita, jadi seeloknya fahamilah reaksi mereka agar tidak membuatkan mereka jadi menyampah dan sakit hati...Itu sahaja lah pesanan penaja kali ini, insya Allah nanti kita jumpa lagi...

Wassalam...

-Amiruddin Sapiee-

Sunday, February 8, 2015

Akuilah Kesilapan...

Assalammualaikum...

Sebagai manusia, kita tidak akan pernah lari daripada melakukan kesilapan...Ada kalanya kesilapan yang kita lakukan kecil dan ada jua kesilapan besar yang mungkin akan menyebabkan kita menyesal seumur hidup kerana kesilapan itu...

Apa yang penting ialah jangan sesekali mengulangi kesilapan yang sama berulang kali...Belajar dari kesilapan, bukan apabila melakukan kesilapan seolah-olah tiada apa yang berlaku dan kita tidak pernah berusaha untuk mengambil pengajaran...

Selagi kita bernama manusia, selagi itulah mustahil ataupun sukar untuk kita tidak melakukan kesilapan...Namun jika silap tersebut salah di sisi agama, bertaubatlah sebelum terlambat...Kita tidak akan dan tidak pernah tahu bila malaikat Izrail akan menjemput kita untuk "pulang"...Jangan ketika roh sudah hampir berpisah daripada jasad baru hendak bertaubat, maka ketika itu semuanya sudah terlambat...

Sentiasa muhasabah diri dan melihat kelemahan diri, bukan mencari apa kelebihan yang ada pada kita...Kelebihan akan menjadikan kita bongkak dan takbur tetapi apabila kita menyedari kekurangan kita, insya Allah kita akan sentiasa merendah diri dan akan lebih menghargai setiap detik dalam hidup kita...

Wassalam...

-Amiruddin Sapiee-

Saturday, February 7, 2015

Sahabat Dan Kawan...

Assalammualaikum...

Setiap seorang antara kita pasti mempunyai rakan atau kawan...Yang membezakan mungkin hanya jumlah kawan atau rakan kita kerana ada yang mempunyai begitu ramai kawan sehingga tidak mampu dikira dengan jari sama ada jari kaki ataupun jari tangan, dan ada yang sedikit dan memerlukan sebelah tangan sahaja untuk mengira semua jumlah kawan mereka...

Mencari kawan bukanlah perkara yang susah...Ada yang boleh berkawan sebaik sahaja berjumpa, dan ada jua yang boleh menjadi kawan selepas mengambil sedikit masa...Apa yang penting ialah keramahan dan sifat mudah menerima dan diterima oleh orang lain di sekeliling kita yang menjadi faktornya...

Walau bagaimanapun, tidak semua manusia memiliki sahabat...Kerana antara kawan dan sahabat, walaupun mungkin maksudnya sama bagi sesetengah orang, namun hakikatnya ianya amat jauh berbeza...Seorang sahabat sememangnya merupakan kawan tetapi tidak semua kawan merupakan sahabat...

Kawan boleh berada di samping kita ketika kita senang, gembira, kaya, dan sewaktu apa jua situasi atau keadaan yang menyeronokkan berlaku kepada kita...Akan tetapi ketika kita susah, dirundung masalah atau menghadapi kesulitan dalam hidup, mereka yang bernama kawan pasti akan menghilangkan diri dan cuba menjauhkan diri sejauh yang mungkin...Ada yang menjadi seperti orang asing disaat kita dalam kesusahan...

Berbeza dengan sahabat...Sahabat akan sentiasa berada di sisi kita tidak mengira masa, keadaan atau apa jua situasi yang dihadapi oleh kita...Seorang sahabat akan senyum dan ketawa bersama saat kita senang, dan akan menangis dan berduka bersama kita saat kita mengalami kesulitan...Seorang sahabat akan membantu saat kita menghadapi masalah atau sekurang-kurangnya menjadi tempat mengadu jika mereka tidak mampu membantu sekalipun...

Mencari sahabat sejati yang akan bersama dengan kita saat suka duka, susah senang, gembira derita bukanlahsesuatu yang mudah...Jika kita mempunyai sahabat sejati jangan sesekali di sia-siakan...Hargailah mereka kerana jika kita kehilangan seorang sahabat sejati yang baik, mungkin agak mustahil untuk kita menemui seorang lagi yang sama seperti itu...Dan jadilah sahabat yang baik dengan menjaga hati orang di sekeliling kita dan membantu jika mereka di dalam kesusahan selagi mampu dan tidak memudaratkan diri kita sendiri...

Wassalam...

-Amiruddin Sapiee-