Thursday, August 20, 2015

Manusia Dan Duit...

Assalammualaikum...

Di dalam hidup kita seharian, ada persamaan keinginan iaitu untuk mencari harta sebanyak yang mungkin masa masih terdaya...Namun bukan semua begitu, ada juga yang mencari harta untuk meneruskan kesinambungan hidup semata dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada...

Ada jua yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana tiada kemampuan untuk mencari harta yang banyak dan tak kurang jua yang mengharapkan ihsan daripada insan lain untuk meneruskan kehidupan...

Ada yang sebenarnya mempunyai sumber kewangan yang kukuh, yang mampu untuk menanggung kehidupan seharian tetapi memilih untuk berhutang sana-sini...Mengapa perkara ini terjadi...???Semuanya kerana terlalu mengikutkan kata hati yang memilih untuk berbelanja melebihi kemampuan dan hidup mewah serta boros berbelanja untuk sesuatu yang hakikatnya langsung tidak perlu...

Sebagai contoh barangan seperti telefon pintar...Ada yang sanggup berhutang dan mengikat perut semata-mata untuk memiliki telefon pintar yang lebih canggih dan mahal harganya walaupun sebenarnya dirinya sudahpun memiliki sebuah telefon pintar...Bagi mereka asalkan dapat bergaya dengan telefon mahal walaupun terpaksa berhutang, tidak menjadi masalah walaupun terpaksa berhutang untuk jangka masa yang lama...

Seharusnya sebagai hamba Allah yang diberikan oleh-Nya akal fikiran, kita harus tahu dan bijak untuk membahagikan antara keperluan dan keinginan...Utamakan keperluan terlebih dahulu sebelum kita membeli barangan yang bukan keperluan tetapi kita inginkan...Andai ada lebih duit selepas kita membeli barangan keperluan, barulah kita membeli barangan keinginan atau kemewahan agar kita tidak perlu berhutang atas sebab-sebab yang tidak perlu...

Bukanlah maksudnya kita tidak boleh berhutang kerana dalam kehidupan dewasa ini yang barangan semuanya mahal belaka, pasti ada yang terpaksa berhutang untuk memiliki sesuatu, contohnya untuk membeli rumah atau kereta yang sememangnya suatu keperluan untuk berlindung dan bergerak...Akan tetapi biarlah untuk sesuatu yang penting dan bukanlah berhutang hanya untuk menunjukkan yang hidup kita mewah walaupun hakikat sebenar adalah sebaliknya...Jangan sesekali hidup dengan falsafah biar papa asal bergaya kerana ianya boleh memakan diri...

Apa yang penting, sentiasa bijak menguruskan soal kewangan agar kita tidak perlu untuk hidup dalam kesempitan hidup akibat keborosan kita atas sesuatu yang tidak perlu...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment