Monday, December 28, 2015

Manusia dan Masalah...

Assalammualaikum...

Kehidupan kita sebagai manusia tidak akan pernah lari daripada masalah tidak kira siapapun kita...Miskin, kaya atau sederhana kehidupan kita, kita pasti mempunyai masalah tetapi dalam kapasiti yang berbeza...

Orang kaya masalah mereka mungkin ialah macam mana caranya mereka nak tambah kekayaan atau mungkin masalah macam mana nak pastikan kekayaan mereka tidak diambil oleh orang lain...Maklum sahaja untuk menjadi kaya bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan usaha yg bukan sedikit...

Orang miskin pula sudah pasti masalah utama mereka ialah bagaimana untuk mendapatkan duit bagi meneruskan kesinambungan hidup...Ditambah pula dengan harga barangan yang semakin hari semakin mahal, pasti menyukarkan lagi golongan mereka yang tidak mampu ini...

Setiap masalah yang berlaku di dalam kehidupan kita sama ada kecil ataupun besar, semuanya adalah ujian Allah untuk menguji setebal mana keimanan kita kepada-Nya...Allah tidak akan pernah menguji manusia dengan ujian yang manusia tidak mampu hadapi...Setiap ujian yang Allah turunkan sesuai dengan kemampuan kita untuk kita hadapi dan terpulang pada kebijaksanaan kita untuk mengatasinya...

Apa yang penting sentiasa ingat bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang kita tidak ketahui...Jangan pernah mengeluh saat kita diuji oleh Yang Maha Kuasa...Gunakan otak yang dikurniakan oleh-Nya untuk mencari jalan penyelesaian dan insya Allah kita pasti akan dapat melalui setiap masalah dengan tenang...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment